Rabu, 15 Februari 2012

Makanan utama ayam saya.


Sekarang, masa dah berubah di sebabkan aku dulu tak ada duit nak tampung kos hobi aku membela ayam ni kini Allah buka kan pintu rezeki aku. Sekarang ni dah ada satu IKS membuat tempe & tauhu di tempat aku. Pengusahanya pulak kenalan aku. Dia selalu kalau buat tempe mesti ada sisa soya dan akar kacang soya yang dia buang. Bukan dia buang begitu aja. Semasa dia dalam proses mengasingkan kulit soya dari kacangnya ada lah sikit sebanyak biji kacang yang terikut sekali dengan kulit soya yang di tuang ke atas lantai. Jadi kacang soya dah jatuh ke lantai takkan nak kutip balik buat tempe. Lepas tu kasi orang makan. Tak boleh le gitu. Jadi dari dibuang dia panggil aku kaut buat kasi makan ayam. Dia pun senang kerja, sebab kacang soya tu tak berkumpul dalam longkang IKS dia. Aku pun kaut letak dalam besen bawa ke reban aku rebus le soya tu sebelum kasi ayam aku makan. Nah sekarang ayam aku dapat makanan sumber protein yang kaya. Selain tu kalau ada tauhu yang tak berapa jadi pun dia kasi aku, tauhu lebihan dia potong-potong pun dia kasi aku. Ada satu hari berlambak juga tauhu dia tak menjadi, maknanya hari tu adalah hari kenduri untuk ayam-ayam aku melantak tauhu sampai kembung-kembung tembolok diaayam semua (kata ganti nama utk diaorang). Senang hati aku tengok ayam aku dapat banyak makan. Tapi ayam aku pandai dia cuma pilih kacang soya ngan tauhu dan akar soya je. Kulit soya dia tak makan. Tapi kalau tempe tak jadi (tempe reject) ayam aku tak makan la. Bukan disebabkan ayam aku bukan Ayam Kampung Jawa tapi tempe reject soyanya dah tercampur ragi. Tak makan de ayam aku.
Dari soya juga aku dapat makanan sampingan untuk ayam aku. Aku kalau rebus soya pakai tempurung bakar. Jadi satu hari aku lambakkan tempurung aku atas tanah. Kan kat tempurung ada sikit sisa isi kelapa yang tak terparut? Itu pun ayam aku balun. Jadi sementara tunggu soya di rebus ada la kudap kudapan untuk ayam aku he heh eh.
Soya rebus untuk ayam yang dah besar. Kalau ayam baru menetas ke 1 bulan aku bagi dedak pemula ayam gold Coin. Ini yang di saran kan oleh Shaiful Beduk (http://citypullagro.blogspot.com/) "Kalau bagi jagung atau dedak lain Out anak ayam ko" katanya lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan