Lot 6608 Poultry
Ruang ini memaparkan pengalaman saya dalam memelihara ayam kampung bukan untuk komersial. Tetapi lebih kepada hobi. Mungkin anda boleh mencari ilham dari cara saya memelihara ayam kampung. Perspektif manusia berbagai-bagai. Jadi tak salah kalau kita kongsikan apa yang kita tahu
Isnin, 21 Oktober 2013
Telor Ayam Kampung Kecil.
Selasa, 23 Julai 2013
Ayam Makan Ikan Seluang
Sabtu, 20 Julai 2013
Malapetaka datang
Rabu, 15 Februari 2012
Makanan utama ayam saya.
Sekarang, masa dah berubah di sebabkan aku dulu tak ada duit nak tampung kos hobi aku membela ayam ni kini Allah buka kan pintu rezeki aku. Sekarang ni dah ada satu IKS membuat tempe & tauhu di tempat aku. Pengusahanya pulak kenalan aku. Dia selalu kalau buat tempe mesti ada sisa soya dan akar kacang soya yang dia buang. Bukan dia buang begitu aja. Semasa dia dalam proses mengasingkan kulit soya dari kacangnya ada lah sikit sebanyak biji kacang yang terikut sekali dengan kulit soya yang di tuang ke atas lantai. Jadi kacang soya dah jatuh ke lantai takkan nak kutip balik buat tempe. Lepas tu kasi orang makan. Tak boleh le gitu. Jadi dari dibuang dia panggil aku kaut buat kasi makan ayam. Dia pun senang kerja, sebab kacang soya tu tak berkumpul dalam longkang IKS dia. Aku pun kaut letak dalam besen bawa ke reban aku rebus le soya tu sebelum kasi ayam aku makan. Nah sekarang ayam aku dapat makanan sumber protein yang kaya. Selain tu kalau ada tauhu yang tak berapa jadi pun dia kasi aku, tauhu lebihan dia potong-potong pun dia kasi aku. Ada satu hari berlambak juga tauhu dia tak menjadi, maknanya hari tu adalah hari kenduri untuk ayam-ayam aku melantak tauhu sampai kembung-kembung tembolok diaayam semua (kata ganti nama utk diaorang). Senang hati aku tengok ayam aku dapat banyak makan. Tapi ayam aku pandai dia cuma pilih kacang soya ngan tauhu dan akar soya je. Kulit soya dia tak makan. Tapi kalau tempe tak jadi (tempe reject) ayam aku tak makan la. Bukan disebabkan ayam aku bukan Ayam Kampung Jawa tapi tempe reject soyanya dah tercampur ragi. Tak makan de ayam aku.
Dari soya juga aku dapat makanan sampingan untuk ayam aku. Aku kalau rebus soya pakai tempurung bakar. Jadi satu hari aku lambakkan tempurung aku atas tanah. Kan kat tempurung ada sikit sisa isi kelapa yang tak terparut? Itu pun ayam aku balun. Jadi sementara tunggu soya di rebus ada la kudap kudapan untuk ayam aku he heh eh.
Soya rebus untuk ayam yang dah besar. Kalau ayam baru menetas ke 1 bulan aku bagi dedak pemula ayam gold Coin. Ini yang di saran kan oleh Shaiful Beduk (http://citypullagro.blogspot.com/) "Kalau bagi jagung atau dedak lain Out anak ayam ko" katanya lah.
Kini Rezeki Murah.
(Sambungan dari Makanan Ayam Saat Kesempitan $ Ahad 12-2-2012).....Itu dulu masa aku mula-mula bela ayam. Memang masa tu aku takde sumber keewangan untuk tampung kos makanan ayam aku. Tapi sekarang ayam aku dah makan mewah. Sekarang aku bagi makan Honeystars. Tau tak bijirin sarapan Nestle Honeystars tu. Haa ituy lah makanan ayam aku sekarang ni. Selain itu aku juga beri mereka Mee hoon BERAS Perang ECo Brown. Macam Biasa lah. aKu rebus dulu meehoonnya dah lembut baru aku kasi ayam makan. Kemudian aku tukar sikit menunya kalau tak nak kasi ayam-ayam aku jemu, aku bagi pulak biskut cream crackers. Hah! amacam mewah tak makanan ayam aku? Ini betul-betul ni bukan memain. Tapi tak le selalu aku bagi makanan untuk manusia kat ayam aku. Masa aku kasi tu aku dapat barang-barang tadi percuma dari kawan aku. Sebab kedai runcit dia di masuki monyet. Habis barang-barang runcit di sepah-sepahkan termasuklah meehoon, biskut dll langsung tak boleh di jual. Jadi dari membazir dia kasi aku buat makanan ayam he he he.
Telur Tidak Subur
Bulan ni ayam White Leghorn aku bertelur banyak ada 4 betina bertelur, tapi semua telurnya tak subur. Sehari seekor bertelur 1biji. Jadi 4 ekor ibu, 1 hari 4 biji. Kumpul sampai 7 hari 28 biji. Masuk dalam Inkubator tunggu 5 hari suluh telurnya tak ada benih. Ceh! bulan ni je hari-hari aku makan nasi telur goreng. Pagi je hari-hari aku makan telur ½ masak. Pada hal ayam baka ni la yang aku harapkan nak biakkan banyak-banyak tapi apa boleh buat dah Qodo` & Qadar Allah nak buat cam na? Dah itu je Qadar Allah nak bagi Cuma ada 12 ekor je anak ayam White Leghorn dalam masa ni yang aku bela (menetas pada musim yang lepas). Cuba bayangkan kalau semua telur-telur ayam tu menjadi? Habis penuh ayam White Leghorn je la reban aku. Lagi pulak kalau banyak anak ayam White Leghorn banyak la aku kena beli dedak pemulanya (Gold Coin). Kan banyak duit nak pakai. Jadi Aku fikir-fikir balik adalah sebabnya Allah kurangkan telur yang menjadi. Kalau banyak-banyak pening juga aku nak manage anak ayam ni. Sebab aku bela bukan untuk Komersial saja suka-suka. Hobi. Sabar je la.
Tapi sabar tak semestinya dauduk diam. Kena usaha jugak. Jadi aku ada usaha nak kasi telur ayam subur pada cycle yang berikutnya. Tengok le video ni camna?
Ha ha bukan cam tu aku buat. aku tak de ilmu macam mana nak buat permanian berhadas untuk ayam. Ingat! jangan buat sesuatu tanpa ilmu. Allah larang! Sebenarnya video atas tu orang lain buat. Bukan aku he he he
Yang sebenarnya, Caranya aku ikat kaki ayam betina. Kemudian acah dia kat depan penjantan. Pastu campak kat Penjantan. Biarkan Penjantan tindih dan inject. Kaki betina kena ikat sebab tak bagi dia lari. Kang kalau jantan tak dapat kejar dah susahkan aku nak tangkap balik. Tengok le video bawah ni camna?
Ahad, 12 Februari 2012
White Leghorn Kacuk Hutan
Hah ini pulak White Leghorn Kacuk Hutan. Paknya White Leghorn maknya Ayam Hutan. Cuma ada sekor je corak ni. Buat masa ni dia dah menghasilkan 2 ekor anak 1 jantan 1 betina. Tapi kedua-duanya warna putih seluruh bulu kaki pink pucat. Tak ikut Corak Mak dia. Agaknya maklumat genetik penjantan lebih banyak dari genetik dia ni. Tu pasal anaknya tak ikut corak dia.Penjantan dia White Leghorn ori.