Ruang ini memaparkan pengalaman saya dalam memelihara ayam kampung bukan untuk komersial. Tetapi lebih kepada hobi. Mungkin anda boleh mencari ilham dari cara saya memelihara ayam kampung. Perspektif manusia berbagai-bagai. Jadi tak salah kalau kita kongsikan apa yang kita tahu
Selasa, 23 Julai 2013
Ayam Makan Ikan Seluang
Korang pernah tengok ayam makan ikan seluang? Ini dia gambar ayam makan seluang. Ayam ni pantang nampak benda bergerak mesti nak patuk. Kalau ada cengkerik, cicak, belalang melintas depan mesti dia kejar. Lepas tu kalau dapat patuk, dia rasa ngan lidah dulu kalau boleh makan, dia akan makan. Ayam ada akal jugak tapi terhad tak la macam akal manusia.
Sabtu, 20 Julai 2013
Malapetaka datang
Pagar kebun di himpap pokok tumbang. Anjing liar menceroboh masuk ke kawasan kebun. Sebahagian besar ayam aku mati di makan. Berang dengan kejadian ini aku membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Kelang. Allhamdulillah sudah tidak ada anjing berkeliaran lagi. Semua dah di tangkap. Tinggal sikit ayam aku. Nasib baik penjantan & betina dewasa ada lagi 2 ekor yang terselamat.
Langgan:
Catatan (Atom)