Isnin, 21 Oktober 2013

Telor Ayam Kampung Kecil.

Pernah tengok telor ayam kampun sekecil telor ayam serama? Hah ni dia pertama kali aku tengok. Sebelum ni aku pernah laa tengok ayam jantan keluarkan telor keci besar guli. Tapi yang ni bukan telor ayam jantan, tapi dari ayam betina. Ayam kacuk white leghorn jenerasi ntah, aku tak ingat.

Selasa, 23 Julai 2013

Ayam Makan Ikan Seluang

Korang pernah tengok ayam makan ikan seluang? Ini dia gambar ayam makan seluang. Ayam ni pantang nampak benda bergerak mesti nak patuk. Kalau ada cengkerik, cicak, belalang melintas depan mesti dia kejar. Lepas tu kalau dapat patuk, dia rasa ngan lidah dulu kalau boleh makan, dia akan makan. Ayam ada akal jugak tapi terhad tak la macam akal manusia.

Sabtu, 20 Julai 2013

Malapetaka datang

Pagar kebun di himpap pokok tumbang. Anjing liar menceroboh masuk ke kawasan kebun. Sebahagian besar ayam aku mati di makan. Berang dengan kejadian ini aku membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Kelang. Allhamdulillah sudah tidak ada anjing berkeliaran lagi. Semua dah di tangkap. Tinggal sikit ayam aku. Nasib baik penjantan & betina dewasa ada lagi 2 ekor yang terselamat.